MY FIRST SPORT IN UKM

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua ! 

 

Hari ini saya nak berkongsi pasal sukan pertama yang saya join di UKM iaitu frisbee, hehe. Ketika baru masuk ke tahun baru, saya ada terbaca dalam group Whatsapp tentang pencarian atlet sukan frisbee ini untuk wakil kolej bagi perlawanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM). Pada awalnya, saya memang tidak mengambil kisah pun tentang ini kerana saya memang tidak berminat dan tidak tahu apa itu frisbee serta bagaimana cara ia bermain. 

 

Satu hari, kawan saya bagitahu saya yang dia berminat untuk join sukan ini dan meminta saya untuk menemani dia pergi first training. Almaklumlah, kawan saya ni introvert sikit. Jadi, saya pun setuju je la. Untuk dijadikan cerita, petang tu, pemain tak cukup. Lepastu, saya diminta untuk join latihan untuk cukupkan orang. Awal-awal tu saya menolak untuk bermain sebab saya memang tak pandai main tapi selepas dipujuk saya ikut je. Masa tu, kami hanya main santai-santai sahaja tanpa rules dan padang pun guna yang kecil je. Selepas habis latihan, kami buat sesi pengenalan diri dan berbual-bual sekejap pasal frisbee yang kekurangan ahli pasukan. Sekali lagi, saya dipujuk oleh mereka untuk join pasukan mereka. Dan dari situlah saya terjebak dalam sukan frisbee ini 



                                              Gambar selepas training bersama 

 Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk berlatih sebelum tibanya hari perlawanan. Jadi, sedikit payah dan tertekan jugak la untuk saya biasakan diri dengan perkara-perkara basic seperti cara balingan, cara pegang disc dan posisi ketika bermain. Saya beruntung kerana teammates faham akan situasi saya. Jadi, mereka sedaya upaya ajar saya untuk mahirkan benda yang basic walaupun kadang-kadang saya lambat tangkap dan selalu ulang kesalahan yang sama, diorang tetap tak marah. Oleh itu, saya jadi jatuh suka dengan frisbee dan berhasrat untuk terus bermain kerana sukan ini sangat menyeronokkan walaupun penat sikit tapi saya tetap enjoy! Hahaha. 



                                                    Gambar semasa talk UFO  

 

Di sini, saya nak cakap yang walaupun kita belum biasa dengan sesuatu tapi tetaplah cuba untuk try benda baru. Awal-awal memang rasa membebankan tapi nanti lama-lama mesti akan suka juga. Tambahan lagi, kita boleh tambah pengalaman baru. Macam saya, hehe. Jadi, saya sangat berterima kasih dekat kawan saya sorang tu. Kalau dia tak ajak turun padang haritu, saya takkan rasa pengalaman berharga ni dan peluang untuk kenal dengan orang-orang baik macam teammates frisbee. The best teammates everrr!!! Saya berharap lain kali saya dapat join lagi kalau ada perlawanan frisbee lagi nanti. Jadi, itu sahaja untuk sharing hari ini. Jumpa lagi di blog akan datang, babai! 




Gambar bersama the best teammates  



Gambar sebelum masuk padang 




Comments

Popular Posts