Mengenai hobi dan minat saya


Assalamualaikum dan selamat malam semua,

 

Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan dengan hobi atau minat saya. Saya suka membaca novel sejak usia 12 tahun lagi. Ketika itu saya hanya membaca novel yang genre romantik sahaja. Punca saya jadi minat membaca novel kerana kakak saya kerap membawa balik novel yang dipinjam daripada rakannya. Sejak itulah saya jadi tertarik untuk masuk ke dunia novel ini. Tidak dinafikan ianya sangat menyeronokkan terutama sekali apabila novel tersebut mempunyai jalan cerita yang bagus. Tambahan pula, ia juga dapat menambahkan pengetahuan saya terutama sekali cara penulisan tersebut, penggunaan ayat dan kewujudan sesuatu tempat. Penulis yang paling digemari oleh saya ialah Anjell, Sara Aishah, Rehan Makhtar dan Siti Rosmizah. Saya paling suka novel anjell kerana jalan ceritanya agak berlainan daripada penulis – penulis yang lain. Banyak juga novel anjel yang diadaptasi menjadi drama seperti hero seorang Cinderella dan esksperimen cinta. Novel Anjell yang mendapat tempat pertama di hati saya ialah Dheo, Dr Alpha Male, Roses, King haider.

 

Manakala saya suka novel Sara Aisha pula kerana beliau banyak menghasilkan novel aksi-romantik. Ia agak membuat saya teruja dengan watak- watak yang diciptakan oleh Sara Aisha. Antara novel yang pernah saya baca ialah salju kyota, chan rak ter, code name cobra, code nama shark, code name wolf, I,m not monster, Aku lelakimu dan lain- lain. Sewaktu di sekolah menengah, pihak sekolah akan membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan sayalah manusia pertama yang akan merebut peluang tersebut. Apabila sampai sahaja di PBAKL, booth pertama yang saya akan kunjungi ialah Karya Seni dan Penulisanku. Hal ini kerana, mereka banyak mengeluarkan novel – novel yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada peminat novel dan novel mereka sentiasa menjadi best seller. Saya tidak akan menyesal apabila membeli novel daripada penerbitan tersebut.

 



novel kegemaran. 

Apabila mempunyai masa lapang, saya akan menghabiskan masa saya dengan membaca novel. Saya akan menyelesaikan pembacaan novel paling singkat selama dua hari dan paling lama selama 3 hari mengikut ketebalan novel tersebut. Apabila membaca novel, saya berada di dunia saya sendiri dan membuat saya berasa gembira. Ketika itu emosi saya akan berubah- ubah daripada sedih kepada gembira kerana terlalu menghayati jalan cerita. Dengan membaca novel juga saya dapat meningkatkan penulisan saya di dalam karangan dan menggunakan ayat- ayat yang gramatis. Saya juga dapat meningkatkan penggunaan Bahasa inggeris kerana penulis banyak menggunakan Bahasa tersebut. Tamsilnya, novel dheo karya Anjell banyak menggunakan Bahasa Inggeris dan Itali manakala novel Sara Aishah berjudul Salju Kyota ada menggunakan Bahasa Jepun.

 


novel anjel yang diadaptasi menjadi cerita.

Selain itu, saya juga minat melayan kdrama, thailakorn dan dramachin. Drama yang paling saya minati ialah kdrama. Ini kerana kdrama banyak memberikan saya ilmu pengetahuan terutama drama yang mempunyai genre perubatan seperti Dr Cha, Dr stranger, Dr Romantic, blood, Dr slumps dan lain – lain. Saya banyak jumpa istilah- istilah dalam perubatan dan dapat melihat bagaiman doktor melakukan pembedahan. Para pelakon juga saya professional dan bagus memainkan watak mereka. Saya juga meminati cerita genre Sejarah seperti the queen, princess for seven days, crown king dan lain – lain. Ianya sangat menghiburkan dan tidak akan menyesal untuk menghabiskan kesemua episod dalam masa beberapa hari. Manakala cerita tahiland pula saya suka menonton drama daripada Syarikat CH3 dan Gmmtv. Drama Thailand banyak yang kelakar seperti the con artist. Manakala drama China pula saya suka melihat drama till the end of the moon, f4, go go squid dan lain – lain. Cerita China yang mempunyai tema Sejarah banyak menarik perhatian saya kerana saya suka melihat pakaian tradisional mereka dan budaya mereka. Pakaian tradisional mereka sangat unik dan ceria berbanding dengan pakaian tradisional korea. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat berjumpa dengan artis kegemaran saya.


Comments

Popular Posts