PENGENALAN DIRI SAYA
Pengenalan Diri Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nama saya ialah Aiman Husna Binti Jamil. Saya berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya berasal dari Parit Buntar, Perak. Saya merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dan mempunyai seorang kakak dan seorang adik. Bapa saya merupakan pekerja swasta, manakala ibu saya seorang guru .
Saya bersekolah di SMK Sri Perak , Parit Buntar. Sejak sekolah saya sudah memulakan perniagaan sendiri dan sangat meminati bidang berniaga dan ekonomi. Saya merupakan pelajar cemerlang di sekolah dengan memperoleh keputusan SPM 6A. Sebelum mendapat keputusan tersebut saya seorang yang tidak berminat untuk belajar tetapi semangat dari keluarga dan guru-guru saya membuat saya bertekad untuk memperoleh keputusan tersebut. Sekolah ini telah mengajar saya banyak perkara dan menjadikan siapa saya pada hari ini kerana tanpa guru-guru yang berjaya mendidik saya tidak akan memperoleh keputusan tersebut dan membanggakan sekolah.
Video aktiviti kokurikulum.
Setelah tamat matrikulasi. Alhamdulillah, kini saya berjaya masuk ke universiti pilihan saya iaitu UKM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian. Saya berharap akan mendapat keputusan cemerlang untuk setiap semester yang saya hadapi dan mencari banyak pengalaman baru serta memupuk diri saya untuk lebih berdikari dalam setiap keadaan. Saya juga meminati muzik, fotografi dan aktiviti sukan seperti berjalan kaki atau bermain bola jaring .
Comments
Post a Comment