PENGALAMAN SAYA DI UKM

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 


Pada blog kali ini, saya ingin menceritakan tentang salah satu pengalaman saya sebagai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini. Bagi meraikan kehadiran pelajar tahun 1, sudah menjadi satu adat ataupun tradisi untuk mengadakan minggu orientasi. Jadi samalah juga di UKM yang disebut sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW). MAW ini dilaksanakan selama 5 hari. Maka, di situlah bermulanya perjalanan baru hidup saya sebagai seorang mahasiswa UKM.  

 

Hari pertama MAW kami dikehendaki bergerak ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Di situ, saya dapat berkenalan dengan ramai orang sekaligus dapat membuat kawan baru selain kawan sebilik dari pelbagai fakulti dan jurusan 



Gambar hari pertama MAW di DECTAR 

 

Antara bahagian yang menarik bagi saya ketika di DECTAR ialah ketika pengacara majlis meminta kami untuk mempersembahkan ‘cheers’ bagi kolej masing-masing. Bagi saya, semua ‘cheers’ yang dibuat sangat menarik dan kreatif dengan gaya pergerakan tangan dan badan serta suara yang penuh semangat bagi melambangkan kolej masing-masing. 

 

Pada hari seterusnya, MAW@Fakulti pula dilaksanakan iaitu saya dikehendaki pergi ke fakulti (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) bagi mendengar serba sedikit mengenai jurusan yang ada di fakulti tersebut. Sekaligus, untuk kenal-kenal dengan kawasan sekitar fakulti. Saya dan rakan sefakulti pergi ke sana dengan diiringi 3 orang pemudah cara kolej kami. 

 

Gambar dalam Dewan Kuliah 1 di FEP 

 

Selepas sesi itu, kami turut dikehendaki untuk terlibat dalam permainan yang dibuat yang memerlukan kami untuk bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian di fakulti tersebut untuk mencukupkan 8 cop checkpoint. Permainan ini sangat menyeronokkan kerana dapat melahirkan sifat bekerjasama antara ahli pasukan. Dan hasilnya, kami mendapat hadiah saguhati kerana mendapat tempat kelima bagi permainan tersebut. 

 

Pada hari ketiga pula, kami ada aktiviti Langkah Watan iaitu berjalan beramai-ramai di sekitar UKM bersama kolej-kolej lain sambil melakukan cheers masing-masing. Pengetua kolej juga turut serta dalam perarakan ini. 



                              Gambar ketika aktiviti Langkah Watan pada hari ketiga 


Pada hari terakhir MAW pula kami kembali berkumpul di DECTAR bagi sesi bacaan ikrar dan amanat dari naib canselor. Kami turut menyanyikan lagu Negaraku, Varsiti Kita dan Ilmu, Mutu dan Budi. Selain itu, pelajar dari domain kebudayaan ada membuat persembahan seperti menyanyi, berlakon dan menari bagi memeriahkan lagi hari tersebut 

 


Gambar kami kibarkan bendera UKM  



Gambar kami bersama ketika malam terakhir selepas perang DECTAR. 


Secara jujurnya, Minggu Apresiasi Watan merupakan salah satu pengalaman menarik dan tak akan saya lupakan di UKM. Hal ini kerana bermula disitulah, saya sedar bahawa saya perlu keluar dari zon selesa saya dan menjadi seorang yang lebih peramah supaya saya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling. 




Video sepanjang MAW.





Comments

Popular Posts