PENGALAMAN AIMAN"

 

       assalamualaikumm semuaaa!!

     Hari ini 30/9/2023 merupakan tarikh bermakna dalam hidup saya. Ia merupakan suatu permulaan mengejar cita-cita dan perjalanan sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tarikh tersebut merupakan kali pertama saya menjejaki Universiti Watan ini. 

     


Gambar perjalanan ke UKM.


     Saya berasa sangat teruja dengan pengalaman baru ini. Saya ditempatkan di kolej kediaman "pertama dalam semua" iaitu Kolej Dato Onn yang merupakan kolej pertama antara semua kolej di UKM. Pada hari tersebut, saya dihantar oleh mama,abah,kakak dan kakak sepupu saya. Seterusnya, saya mendaftar dan menerima kunci bilik. Saya mengemas dan berkenalan dengan rakan sebilik saya. Ibubapa saya membantu dan meluangkan masa sebelum pulang. 



Gambar saya bersama keluarga. 



Gambar sebelum mama dan abah pulang ke rumah.

  
    Keesokkannya, bermulalah sesi orientasi pelajar tahun 1 atau dikenali sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW) selama seminggu. Minggu ini  merupakan minggu pengenalan kepada pelajar baru untuk mengenali UKM dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Sebagai contoh, pengenalan kepada mep-mep kolej iaitu wakil pelajar setiap kolej, pengenalan  kepada jawantankuasa dan pentadbiran UKM, pengenalan falkuti, aktiviti senamrobik, malam ukhwah dan perang dectar. 



Hari pengenalan falkuti.



Gambar berkumpul untuk menuju ke padang melakukan senamrobik bersama-sama.



Malam senamrobik. 


Seterusnya, telah sampai hari terakhir orientasi saya iaitu hari mengangkat ikrar pelajar maka dengan rasmi saya sebagai pelajar UKM. Saya berasa sangat bangga dengan pencapaian saya untuk belajar di UKM dan menjadi pewaris watan. Saya berharap dengan keberadaan saya disini dapat meningkatkan kualiti diri saya dan mengajar saya pelbagai pengalaman baharu. 



Suasana sebelum majlis bermula.




Comments

Popular Posts